Home Page Image
Info >
Sesuai pada paparan 1024 x 768 pixels - IE 6.XX.
 

 PROGRAM PENGKAYAAN ILMU bersempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-50 22/7/2007 - 26/8/2007

 Anjuran: Perpustakaan Awam Pontian

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 07-12345678


Pendidikan

SEJARAH PERSEKOLAHAN DI PONTIAN

Berberapa tahun selepas terbukanya bandar Tanjung Puteri pada tahun 1855, bermulalah persekolahan di negeri Johor. Sekolah pertama di Johor ini di kenali dengan nama Johor Free School yang didirikan oleh  Sultan Abu Bakar pada tahun 1864, Sekolah ini memberi pendidikan dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Sekolah Melayu

Di daerah Pontian pula persekolahan Melayu bermula pada tahun 1907 ia itu dengan terdirinya sekolah –sekolah Melayu Pontian Kecil (di tapak Majlis Daerah Pontian), Sekolah Melayu Rimba Terjun dan Sekolah Melayu Sungai Durian. Ini diikuti dengan pembukaan Sekolah Melayu Telok Kerang pada tahun 1909. Sekolah Melayu Pulai Sebatang tahun 1910, Sekolah Melayu Benut 1912, Sekolah Melayu Bandar Pontian  pada tahun 1913, Sekolah Melayu Serkat  tahun 1917 dan Sekolah Melayu Air Baloi pada tahun 1917. Kesemua sekolah-sekolah ini letaknya  di kampung-kampung Melayu di tepi jalan utama dari Kukup ke Benut.

Kampung-kampung di bahagian perdalaman ketika itu baru sahaja diteroka terutama oleh penghijrah dari Tanah Jawa. Menjelang kedatang dan pendudukan tentera Jepun (1941-1945) berberapa sekolah Melayu telah didirikan oleh orang-orang kampung, di berberapa buah lagi kampung di Pontian. Sekolah-sekolah. Sekolah Melayu Sanglang (1935). Ini ialah sekolah-sekolah Melayu Kayu Ara Pasong (1935), Sekolah Melayu Parit Kudus (1938), Sekolah Melayu Sri Pulai (1938) dan Sekolah Melayu Sungai Boh (1938).

Sekolah Rakyat

Selepas tamat  Perang Dunia Kedua, Kampung-kampung baru yang banyak di teroka oleh penghijrah dari Tanah Jawa dan Tanah Bugis memerlukan sekolah bagi memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Mereka tidak sabar menantikan bangunan yang didirikan oleh kerajaan. Dengan ini mereka bergotong royong mendirikan bangunan Sekolah  ala kadarnya untuk kegunaan pembelajaran anak-anak mereka. Mereka turut mengaji guru-guru yang mengajar. Sekolah-sekolah yang diusahakan oleh orang-orang kampung ini di katagorikan sebagai ‘sekolah-sekolah rakyat’ dan guru-gurunya juga di kenali sebagai ‘Guru Rakyat’ dengan bergaji $ 41-00 (kemudiannya naik  menjadi $ 61-00) Selain dari daerah Pontian, Daerah Muar dan Batu Pahat juga turut di banjiri pembukaan sekolah-sekolah rakyat ini. Di daerah Batu Pahat dan Pontian kebanyakan sekolah-sekolah rakyat ini di kenali dengan awalan ‘SERI’.  Dengan itu lahirlah sekolah-sekolah:

  1. Sekolah Melayu Pengkalan Raja (1946)
  2. Sekolah Melayu Sungai Binyi (1947)
  3. Seklah Melayu Seri Setia Benut (1947)
  4. Sekolah Melayu Seri Jaya Permatang Sepang (1950)
  5. Sekolah Melayu Seri Bunian (1950)
  6. Seklolah Melayu Tanjung Air Hitam (1950)
  7. Sekolah Melayu Seri Bahagia (1950)
  8. Sekolah Melayu Sri Sekawan Desa Air Baloi (1950)
  9. Sekolah Melayu Kg. Jawa Pulai Sebatang (1950)  
  10. Sekolah Melayu Seri Kembar Benut (1950)
  11. Sekolah Melayu Parit Sulaiman Teluk Kerang (1950)
  12. Sekolah Melayu Seri Bugis Benut (1951)
  13. Sekolah Melayu Seri Anom, Sanglang (1951)
  14. Sekolah Melayu Permas Kelapa Kukup (1951)
  15. Sekolah Melayu Seri Al Ulun, Benut (1951)
  16. Sekolah Melayu Jaya Mulia Air Baloi (1952)
  17. Sekolah Melayu Parit Haji Adnan, Pontian (1952)
  18. Sekolah Melayu Seri Sinaran Tampok (1953)
  19. Sekolah Melayu Parit Selangor, Pontian (1953)
  20. Sekolah Melayu Parit Rambai, Rambah (1953)
  21. Sekolah Melayu Seri Semangat Parit Stan (1953)
  22. Sekolah Melayu Parit Patah Pontian (1954)
  23. Sekolah Melayu Seri Senang Hati, Pt. Puteri Menangis (1954)
  24. Sekolah Melayu Seri Bukit Panjang, Pontian (1954)
  25. Sekolah Melayu Kg. Baru Penenrok (1955)
  26. Seklah Melayu Belokok, Telok  Kerang (1956)
  27. Seklah Melayu Parit Sapran, Kayu Ara Pasong (1958)

Pengunaan sebutan ‘SERI’ pada nama-nama sekolah ini dikaitkan sebagai Syed Esa Rural Institut ‘(SERI)’ yang pada ketika itu Syed Esa bin Alwee adalah menjadi pengelola sekolah-sekolah  Daerah Batu Pahat. Beliaulah yang menggalakkan orang-orang kampung mendirikan sekolah-sekolah rakyat ini.

Selepas kemerdekaan sesuai dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan semua sekolah-sekolah rakyat ini ini diambilalih oleh kerajaan dan dijadikan sekolah-sekolah kebangsaan.

Sekolah-Sekolah Agama

            Semasa wujudnya Sekolah Quran dan Sekolah Kirtab ini ia dibawah jagaan Bahagian Pelajaran Agama, Jabatan Pelajaran Johor. Bagaimanapun mulai 1 Julai 1947 sekolah-sekolah agama Johor diletakkan dibawah kelolaan Jabatan Agama Johor.

Adalah dipercayai Sekolah-sekolah Quran, Kitab dan akhirnya Sekolah Agama wujud di Pontian sebaik-baik sahaja adanya sekolah-sekolah Melayu di Pontian iaitu pada tahun 1907. Pada tahun yang disebutkan ini di daerah Pontian (sebelum ini dikenali sebagai daerah Kukup) terdapat 3 buah sekolah Melayu iaitu Sekolah Melayu Pontian Kechil, Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Melayu Rimba Terjun.

            Pada tahun 1936 telah wujud 12 buah sekolah agama di daerah Pontian dengan menumpang bangunan sekolah Melayu. Pada tahun 2000 pula di daerah Pontian telah terdapat 50 buah sekolah rendah Melayu atau Kebangsaan. Ini bermakna sebanyak itu juga bilangan sekolah agamanya.

            Di daerah Pontian pun sekolah-sekolah agamanya kini mempunyai bangunan sendiri yang dibangunkan oleh Jabatan Agama Johor dan kini ia dibawah tadbiran dan kelolaan Pejabat Pendidikan Agama Daerah yang bermula pada tahun.......... Sebelum wujudnya Pejabat Pendidikan Agama Daerah, sekolah-sekolah agama daerah adalah dibawah pengawasan Guru Pasukan Sekolah-sekolah Agama.

Sekolah Inggeris

Sebelum kemederkaan tahun 1957 dan sebelum dasar pelajaran Kebangsaan, kerajaan turut mendirikan sekolah-sekolah berbahasa penghantar Inggeris yang di kenali sebagai ‘Sekolah Inggeris’ Keseluruhan sekolah-sekolah ini terletak di bandar-bandar utama sahaja.

            Daerah Pontian mula mempunyai sekolah Inggeris pada tahun 1949 dengan menggunakan bekas bangunan Johor Volunteer Forcess Pontian di kawasan yang kini terdiri sekolah Tengku Mahmud Iskandar 1, Sekolah Inggeris ini di kenali  dengan nama Government English School, Pontian. Pada tahun 1957 Sekolah Inggeris Pontian ini bertukar nama menjadi Sultan Ibrahim Primary School. Pada tahun 1961 sekolah ini berubah nama lagi menjadi Tengku Mahmud Iskandar School. Sekolah ini berkembang dengan pesat dan maju. Murid-muridnya sentiasa bertambah. Ini menjadikan sekolah ini terpaksa dipecah dua, menjadi persekolahan pagi dan petang. Kini sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Tengku Mahmud Iskandar 1 dan 2.

            Satu dekad selepas itu iaitu pada tahun 1958, di Serkat turut didirikan sekolah Inggeris. Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Serkat. Kemudiannya berpindah menumpang di Sekolah Umum Perempuan Serkat. Pada tahun 1972 Haji Andek Yasin bin Haji Andek Mori telah mewakafkan sebidang tanah seluas 16 ekar bagi dijadikan tapak sekolah Inggeris sekolah yang asalnya di kenali sebagai Sekolah Inggeris ini kini di kenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Andek Mori, Serkat. Sementara itu pada tahun 1964 di Utara Pontian iaitu di Benut turut di adakan sekolah Inggeris. Mulanya menumpang di Sekolah Melayu Benut kemudian menumpang di Sekolah China Benut, sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 1970. Sekolah Inggeris Benut  ini yang kini telah menjadi sekolah kebangsaan di kenali sebagai Sekolah Rendah Seri Benut. Di pekan Ayer Baloi juga turut sama menagadakan kelas Sekolah Inggeris dengan menumpamg bangunan Sekolah Melayu Ayer Baloi. Ini bermakna di daerah Pontian terdapat 4 buah sekolah Inggeris.

             Sesuai dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan mulai tahun 1970 an semua sekolah-sekolah Inggeris dijadikan sekolah kebangsaan dan dikenali  sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan di Johor bermula dengan penubuhan Kelas Menengah Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat pada tahun 1958. Di Pontian persekolahan menengah bermula dengan penubuhan Kelas Menengah Melayu pada tahun 1959 dengan menumpang bangunan Sekolah Inggeris Pontian.

            Pada tahun 1965 Sekolah Menengah Kebangsaan Pontian menpunyai bangunan sendiri di Parit Mesjid dan di namakan Sekolah Dato’ Pengawa Barat. Tahun-tahun berikutnya muncul sekolah-sekolah menengah:

 

  1. Sekolah Menengah Seri Perhentian (SSP) Pontian,
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi (1965)
  3. SMK Telok Kerang, Pontian (1965)
  4. SMK Pekan Nanas Pontian (1965)  
  5. SMK Benut Pontian (1965)              
  6. SMK Parit Betak, Pontian (1972)
  7. SMK Dato’ Ali Hj. Ahmad (SDAHA 1969)
  8. SMK Kayu Ara Pasong, Pontian (     )
  9. SMK Dato’ Mohd. Yunus Sulaiman, Pekan Nanas (     )
  10. SMK Sri Kukup, Pontian (1965)
  11. SMK Sri Tanjung,  Benut, Pontian (     )
  12. SMK Batu 34, Pontian (2003)

Sekolah Cina

Sekolah berbahasa  penghantar Cina mula wujud di Johor  pada tahun 1901 di Johor Bahru. Sebelum tahun 1958 semua sekolah-sekolah Cina  adalah didirikan dan diurus oleh rakyat keturunan Cina. Pada tahun 1958 semua sekolah Cina yang menerima bantuan dari kerajaan di kenali sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Di Pontian sekolah Cina yang pertama wujud ialah Sekolah Cina Lok Yok di Pekan Benut. Ini diikuti dengan penubuhan Sekolah Cina Pei Chun (1) di bandar Pontian Kecil pada tahun 1922.

Selanjutnya ditubuhkan sekolah-sekolah:

  1. Tah Tong, Pontian Besar (1925)
  2. Ken Ken Boon, Kukup Laut (1926)
  3. Chai Mang, Air Masin (1926)
  4. Siu Woon, Penerok (1926)
  5. Chung Hwa, kayu Ara Pasong (1935)
  6. Pei Chiao, Permas (1935)
  7. Chi Chih, Ayer Baloi (1936)
  8. Chien Hwa, Kampung Jawa (1938)
  9. Lee Meng, Jelotong (1940)
  10. Yu Meng, Sanglang (1941)
  11. Bin Chong, Rimba Terjun (1945)                                                                
  12. Lok Yu (1), Parit Tengah (1945)
  13. Lok Yu (2), Parit Getah (1946)
  14. Yu Meng (1), Pekan Nanas (1946)
  15. Pei Hwa, Rambah (1946)
  16. Lok Yu (4), Benut (1950)
  17. Lok Yu (6), Benut (1954)
  18. SJK (C) Pei Chun (2), Pontian (1963)
  19. SJK ( C ) Yu Meng (2) Pekan Nanas (1963)

Sekolah Tamil

Orang-orang India dari kaum Tamil tidak ramai tinggal di daerah Pontian. Bagimanapun di Ladang Getah Kukup ramai kekerja-pekerja India. Pihak majikan telah menyediakan kemudahan persekolahan bagi anak-anak pekerja ladang ini. Dengan ini sekolah Tamil telah diwujukan di ladang ini pada tahun 1928. Sementara itu pada tahun 1939 di Bandar Pontian Kecil, Persatuan India Pontian telah mewujudkan persekolahan Tamil untuk anak-anak keturunan India dengan menggunakan tingkat atas bangunan kedai.

            Apabila bilangan anak pekerja-pekerja ladang merosot sekolah ladang  ini terpaksa di tutup. Bagi memberi kemudahan pembelajaran kepada anak-anak mesyarakat India di Pontian terutama yang tinggal di kawasan bandar Pontian sebuah sekolah Tamil yang baru telah didirikan di Jalan Parit Ibrahim, Pontian Besar. Sekolah ini berhampiran dengan bangunan Sekolah Menengah Seri Perhentian, Pontian.

Sekolah Arab

Jika di bandingkan dengan daerah lain di Johor, daerah Pontian adalah daerah yang agak lambat membangunkan sekolah Arab. Pihak kerajaan sendiri merasakan memadai adanya sekolah-sekolah agama. Oleh itu ibu bapa di Pontian yang ingin anaknya belajar di sekolah berbahasa penghantar Arab di daerahnya sendiri telah mendesak tokoh-tokoh masayarakat bagi mendirikan sekolah Arab.

            Sekolah Arab yang pertama di Pontian ialah Sekolah Arab Tampok yang di kenali sebagai Madrasah Al Arabiah Al Bugisiah, Tampok. Sekolah ini didirikan oleh masyarakat Bugos di Tampok dan Benut. Seterusnya pada tahun 1959 atas usaha Mohd. Ikhwan Nasir dan berberapa tokoh lainnya wujudlah Sekolah Arab Bandar Pontian. Kedua-dua sekolah Arab ini kemudiannya di ambil alih pentadbirannya oleh kerajaan. Disamping dua buah sekolah tadi pada tahun-tahun 1960an wujud pula sebuah sekolah Arab yang di usahakan oleh Pak Haji Sukaimi Imam Rejo seorang hartawan di Parit Basilan, Pontian. Pada tahun 1962 Sekolah Arab ini di kenali sebagai Madrasah Al Arabiah Al Istiqamah.            Sekolah ini sempat berbakti kepada masyarakat setakat kira-kira satu dekad sahaja. Sekolah Arab yang letaknya di pendalaman dan terpencil ini di jalankan mengikut sistem pondok pesantren. Pada sebelah pagi pelajar- pelajarnya bekerja menoreh getah di kebun-kebun getah kepunyaan Pak Haji Sikaimi dan mulai jam 2.00 petang belajar di madrasah.

            Pada tahu 1970an berlaku kejatuhan harga getah hingga keparas 30 sen sekati. Para pelajar madrasah tidak sangup lagi bekerja menoreh getah. Dari sehari ke sehari bilangan pelajar terus merosot. Akhirnya madrasah ini terpaksa di tutup. Ustaz Mustaqim yang menjadi teraju utama madrasah ini turut berhijrah ke Sabah bagi mencari penghidupan yang lebih baik.